Tentang Kami…

Pusat Wakaf Intelek (PWI)

Sebab Penubuhan.

laptop, coffee, notebook-1478822.jpg

Membangun Ekosistem Pendidikan Melalui Instrumen Wakaf

KPBKL dengan bangunan dan prasarana yang telah berusia 30 tahun, maka sewajarnya kemudahan serta prasarana di KPBKL diperbaharui dalam memberikan kemudahan Pembelajaran & Pengajaran yang kondusif kepada warga KPBKL khususnya buat para pelajar.

Bertepatan dengan itu, Pusat Wakaf Intelek KPBKL (MAIWP) diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada korporat, syarikat dan masyarakat untuk berbakti menerusi amalan berwakaf. Sukacita dimaklumkan bahawa PUSAT WAKAF INTELEK KPB (MAIWP) telah mendapat pengiktirafan daripada pihak MAIWP sebagai MUTAWALLI DANA WAKAF melalui surat kelulusan yang bertarikh 8 November 2018 – Ruj MAIWP.(S)100-6/3/16(27).

Misi.

Menjadi sebuah organisasi terunggul dalam memperkasakan agenda ummah melalui instrumen-instrumen wakaf.

Visi.

Mencapai tahap penyampaian perkhidmatan yang bertaraf dunia, memupuk kesedaran masyarakat tentang potensi wakaf dan menjana sumber modal bagi memajukan aset-aset wakaf secara holistik dan bersapadu

Staf Pusat Wakaf Intelek

Fatin Afiqah Jamaludin

Pengarah Pusat Wakaf Intelek

fatinafiqah@kpbkl.edu.my

Puan Norashikin Azmi

Eksekutif

norashikin@kpbkl.edu.my